Read lafazkan kalimah cintamu by Siti Rosmizah Online

lafazkan-kalimah-cintamu

Sinopsis:Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangSinopsis:Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini....

Title : lafazkan kalimah cintamu
Author :
Rating :
ISBN : 9852363
Format Type : Paperback
Number of Pages : 816 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

lafazkan kalimah cintamu Reviews

  • Sha Mslvoe
    2019-03-31 03:08

    FunnyRomanticBrilliantAwesomeI couldn’t help but giggle myself reading this! It was so good! I enjoyed every minute of it. Let’s face it girls, Siti Rosmizah writes romance book like no other. I loved her writings!!!Back to the story…I will try to make it short but you tahulah sha, ada je idea nak share gan uols. Tengku Aqilah dibesarkan oleh Nenek Jah, mak kepada Mak Kiah. Dia disisihkan oleh ayahnya Tengku Hisham. Bagi diri ayahnya, Tengku Aqilah ada pembawa nasib malang kerana isterinya, Azreena meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara.Aqilah dibuang, dijadikan anak yatim piatu. Berlainan dengan nasib kakaknya, Tengku Natasha yang dibelai, dimanja & diberi kasih sayang yang penuh oleh Tengku Hisham. Bila Aqilah pulang ke Malaysia, Natasha mendendami adiknya yang bijak dalam pelajaran memaksa ayahnya menerima Aqilah berkerja didalam syarikat mereka. Kerja jadi tea lady cum receptionist. Kurang asam yea kakak. Dah la dungu, pastu dengki tak bertempat. Hina sungguh Aqilah dimata Natasha.Sifat Aqilah yang periang, baik budi pekerti sering mengundang rasa lucu dihati sha. Dengan makeup serupa opera cina, rambut afro yang ala² kumpulan Aleycatt, “terima kasih”.. watak Aqilah memang best & lucu. Kelakar bila Aqilah bergaduh dengan Tengku Ryan, kekasih & buah hati kesayangan Natasha.“Sayang… benda hitam apa ni melekat pada kolar blazer you?” – Natasha“Benda hitam? Aku rasa macam ringan aje kat muka aku…” – AqilahTengku Ryan Ameer yang sedang memerhatikan benda hitam itu terkejut melihat Tengku Aqilah sudah berdiri di sebelahnya. “Excuse me… nasib baik tak hilang. Saya beli kat US tau mahal. Kalau saya beli kat sini saya tak akan ambil balik, Ku Ryan boleh simpan buat souvenir, tapi yang ni saya beli dari jauh… sorry.”Dengan bersahaja Tengku Aqilah mencabut tahi lalat palsunya yang telah melihat di kolar blazer putih Tengku Ryan Ameer itu.Seriously, buku ini memang menambat hati sha. I really liked this story. I had so much fun reading this part. Nie satu lagi yang buat sha ketawa terbahak² sampai keluar airmata.“Tengku Ryan Ameer & Tengku Aqilah tidak perasankan rambut yang melayang itu, mata masing² hanya memfokus pada bola yang meluncur laju, manakala Azrul botak & Farhana pula sibuk memerhatikan rambut palsu yang melayang sama itu. Namun di kala ini angin begitu bijak memainkan peranannya, bola yang melayang itu terus meluncur tepat ke arah sasaran & begitu menakjubkan bola terus masuk ke dalam lubang manakala rambut Afro Tengku Aqilah itu dibawa angin mendarat dengan cantiknya di atas kepala Azrul yang botak itu. Pelepap!”LOLTakdir menyatukan Aqilah & Ryan bila wasiat ayah Ryan, Tengku Hashim dibacakan oleh peguam. Tengku Hashim meninggal kerana penyakit hati yang kronik. Hanya dia & anak angkatnya, Syafiq yang tahu. Syafiq seorang lurus bendul merupakan orang kanan Tengku Hashim. Ryan tidak bersetuju tapi atas desakan Natasha yang tak mahu adiknya mewah & bahagia, Ryan menerima dengan hati yang berat. Tengku Hisham kena strok. Anak kesayangannya, Natasha sanggup tinggalkan ayahnya yang terlantar sakit kerana pergi bercuti di oversea. Ryan pula outstation ada meeting. Tinggalkan Tengku Hisham gan pembantu rumah, Tutti & Kak Bong. Aqilah yang ingin menjenguk Kak Bong dikerah menjaga ayahnya kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga. Tutti & Kak Bong bukan muhrim, mana boleh bersihkan Tengku Hisham. Aqilah menjaga ayahnya dengan penuh kasih sayang walaupun mulanya Tengku Hisham tidak suka. Tapi bila melihat kesanggupan Aqilah menadah muntahnya dengan tangan, ayahnya bagai tersedar dari mimpi. Ayahnya menyesal dan meminta maaf dari Aqilah. Aqilah happy sebab dapat panggil ‘papa’.Kepulangan Natasha menuntut janjinya pada Ryan tetapi hati Ryan sudah terpaut pada isterinya, Aqilah. Natasha tidak puas hati lantas berbagai cara dilakukan untuk menyakiti hati Aqilah. Sampai satu tahap Aqilah termakan rasukan sebab Natasha menelefon Aqilah menggunakan telefon Ryan. “Papa cakap suami, layak ke pa? Papa tahu tak lelaki yang papa gelar sebagai suami Qila ni dah berlaku curang dengan Qila. Papa tahu tak lelaki yang mendakwa cintakan Qila selama ini rupanya dibelakang Qila telah berzina dengan kakak sendiri”Ryan kecewa. Dia bersumpah tidak pernah melakukan perkara tersebut. Aqilah menyesali perbuatannya bila Natasha menangis meminta ampun kepada ayahnya kerna mendustai mereka semua. Natasha keluar rumah.Aqilah cuba memikat kembali hati suaminya tapi Ryan sudah tiada hati dengan Aqilah. “Saya nak awak jauhkan diri dari saya”Melampaulah pulak sikap Ryan ni. Aqilah menerima dengan hati yang sedih.Bila Ryan tersedar dari kesilapan dia, sudah terlewat kerana Aqilah yang mengandung disahkan mengalami kanser payudara. Oh sedihnya! Meleleh² airmata macam paip air. Bila sedih, sedih sangat. Bila kelakar, memang gelak besar. Hati pun jadi happy bila baca part yang kelakar. Memang betul kata kawan sha, cerita ini memang BEST GILER!!!Watak Kak Kembong @ Bong tidak kurang hebat dalam cerita ini. Tak lupa jua dengan Tutti yang sengal dan Farhana & Azrul yang malu² tapi mahu. Watak² mereka harus diberikan pujian sebab memang best sangat!Highly recommended.

  • Mai
    2019-03-28 23:07

    Terjebak Jua membaca novel ini kerana adaptasi drama. Sejujurnya saya menjangkakan ia sebuah novel air mata. Macam novel2 awal NB. Anak perempuan yg dibenci ayah disisihkan tapi pandai membawa diri berjaya mengharungi cabaran hidup akhirnya si ayah pon sedar dan mengaku khilaf. Rupanya tidak sama sekali. Novel ni mcm lebih kepada genre Komedi-romantik dari drama air mata (tipah tertipu) jadi tak dapat lah berbintang-bintang.

  • kuzzeen
    2019-04-22 23:44

    p/s : Selamat dihadiahkan untuk kegunaan Perbadanan Perpustakaan Awam pada 6.10.2013.... :)Sisi berbeza dari Siti Rosmizah tapi masih penuh dengan drama air mata.Tapi, apabila sesuatu juadah terlalu sarat dengan 'hiasan' sehingga tenggelam apa yang ingin dihidangkan..... rasa agak perit untuk menghabiskan novel ini. Penceritaan dari 3rd person POV, tapi 'campurtangan' pengarang agak keterlaluan. Namun, masih ada babak2 yang mampu membuat aku tersenyum ......

  • Umi Kalsom
    2019-04-23 01:51

    mungkin rating 2 bintang itu agak kejam untuk buku yang sangat femes ni. Tapi, aku tercari-cari mana kelebihan buku ni? Serius, ini buku ke-2 SR yang aku baca. Buku ke-2 yang dibeli atas dasar 'tergoda' dengan review pembaca yang cakap best gila.ya, betul best. aku baca... fasa pertama, aku rasakan terlalu best. Sangat best sampai tak boleh nak stop baca. Tapi, at one point, masuk ke fasa ke-2 (mula dari bab ke berapa, aku tak pasti) momentum stori buat aku rasa down. down lagi sampai ke akhir stori. Aku baca dengan skip2 bila aku rasa macam "lama lagi ke nak habis ni?!" Sedih sangat! (sedih sbb aku tak jumpa best di awal cerita kekal smpai ke akhir bacaan aku) dan akhirnya, kesimpulan aku, story ni terlalu meleret biarpun aku suka sebenarnya dengan intipati cerita.

  • Jessy
    2019-04-04 21:09

    First ImpressionSaya beli buku ni sebab cover dia ada perkataan 'LARIS' okey. So I thought kalau ramai yang beli mestilah pengisian dia pun best kan.StorylineOverall cerita dia bolehlahhh. Aqilah (watak utama perempuan) dibenci oleh papanya sendiri sejak lahir kerana dianggap sebagai punca kematian isteri tercinta. Kerana ingin menagih sedikit kasih dari papanya, Aqilah sanggup berkahwin dengan Ryan (bukan pilihan hatinya) semata-mata untuk mengambil hati papanya.Di awal perkenalan mereka, Aqilah dan Ryan ni pantang berjumpa mesti bertengkar. Masing-masing benci sampailah mereka disatukan dalam perkahwinan. Tapi sampai bila mereka terus benci membenci, kan? Lama-lama mereka saling jatuh cinta! Hahh, memang tipikal kisah cinta dalam novel lah. Benci-benci dulu baru sayang-sayang dan manja-manja.CommentSometimes saya tak suka dengan personaliti Aqilah ni. Personaliti dia bagi saya agak kureng. Lepas tu perubahan personaliti dia pun macam terlalu jauh. Tidak konsisten. Contohnya, selepas dia balik ke Malaysia personliti dia terus jauh berbeza. Bukan setakat wajah yang berubah. Perhaps, it's better kalau wajah saja yang diubah sedikit. Tapi personaliti terus dikemaskan lagi. Saya tak nampak apa sebabnya Aqilah perlu mengubah personalitinya. Lepas tu, Aqilah ni suka percayakan seseorang tanpa usul periksa. Kesian Ryan! Sepatutnya kena selidik dulu. Jangan terus hentan keroma. Memang rasa kecewa saja dengan part itu.Dari segi luaran, watak Ryan (hero) pula digambarkan sebagai seorang lelaki yang sangat handsome. Tapi secara dalaman, saya masih tidak dapat melihat Ryan sebagai seorang lelaki yang handsome. Sudah menjadi lumrah bagi perempuan untuk sukakan lelaki yang yang handsome inside and outside. Kalau at first watak lelaki itu bad boy pun takpa. Janji bad boy tu turned to be a good boy. Bila sudah good boy, di sanalah penulis patut sehabis mungkin membuatkan dia betul-betul good boy. Tackle hati readers.Lelaki ni kalau dia sudah jatuh cinta, dia memang akan pasti dengan hatinya. Kadang-kadang dia mungkin perlukan masa untuk bertenang tapi tidak akan sekali-kali keliru dengan perasaannya. Kalau dia cinta, dia memang akan cinta. Kalau dia kata cinta tapi masih ada tapi lagi, perempuan kena be careful sedikit sebab hatinya bukan 100% untuk perempuan tu (atau my thought saja kot). Sebenarnya saya sedikit kecewa dengan Ryan. Kalau flash back balik macam tak ada apa sangat yang dia lakukan untuk Aqilah (except for that land rasanya).Pages buku ni pun tebal gila, sampai 810. Sekalipun tebal tapi bagi saya cerita dia sangat simple. Saya tak faham langsung kenapa penulis dia intend untuk tulis panjang-panjang sampai 810 pages. Sedangkan 550-600 pages saja pun mungkin sudah lebih dari cukup. Sebab plot dia simple. Konflik pun tak banyak sangat. Kalaulah buku ini di adaptasi menjadi drama, sure pelakon dia semput sebab terpaksa cakap line yang terlalu panjang.Part bestDalam novel ni, penulis dia memang pandai ahh dalam bab-bab sedih. Part Aqilah masih kecil tu sangat sedih. Serious, terpaksa saya take break sekejap sebab tak nak air mata terus keluar. Ending pun penulis dia pilih happy ending. Sebenarnya boleh saja takdir Aqilah sama macam ibunya. Tapi penulis dia pilih untuk tidak kecewakan readers dia. Sebab kalau Aqilah pun meninggal dunia, memang tak tahulah.Anyway, saya percaya penerimaan setiap pembaca itu bergantung kepada taste masing-masing. Peace!

  • Liya71
    2019-04-19 23:05

    Resensi dari saya:Kisah yang berunsur kekeluargaan, keimanan dan kebongkakan berjaya disentuh oleh SR dalam bentuk yang sangat humor. Tengku Aqilah digambarkan sebagai seorang yang periang, sentiasa berfikiran positif dan sangat menghormati ayahnya Tengku Hisham walaupun ayahnya tidak seperti ayah yang lain. Sifat Tengku Hisham yang tidak redha dengan ketentuan illahi, atas kematian isterinya membuatkan dirinya terbelenggu dengan sikap bongkak dan angkuh terhadap anaknya sendiri. Sementara anak sulongnya Tengku Natasha pula ditatang bagai minyak yang penuh berbeza pula dengan anak keduanya Tengku Aqilah yang dikatakan penyebab kematian ibunya semasa bersalin.Wasiat yang ditinggalkan oleh Tengku Hashim bapa saudara Tengku Aqilah, merangkap abang kepada Tengku Hisham menyebabkan Tengku Aqilah terpaksa berkahwin dengan Tengku Ryan Ameer, sepupunya sendiri, sungguhpun Tengku Ryan sudah bercinta dengan kakaknya Tengku Natasha hampir 5 tahun. Tetapi Aqilah redha dan menganggap itulah caranya untuk dia rapat kembali dengan ayah dan kakak kandungnya, tetapi ujian demi ujian terpaksa ditempuhinya. Sementara itu, Farhanah, anak orang gaji mereka sebaya dengan Tengku Aqilah, menjadi rakan rapat Tengku Aqilah dan sentiasa mendengar keluhan dan harapannya.Dalam pada itu, Tengku Hisham telah diserang strok, menyebabkannya hampir lumpuh. Saat itulah Aqilah sedaya upaya membantu ayahnya walaupun pada mulanya ayahnya tidak mahu kan pertolongannya. Anaknya Tengku Natasha yang ditatang-tatang itu, tidak langsung memperdulikannya dan sanggup pula bercuti keluar negara saat-saat dia diperlukan. Tengku Hisham akhirnya sedar bahawa selama ini dia terlalu ego dan dapat menerima Tengku Aqilah kembali. Sementara itu, Tengku Ryan walaupun bersetuju dengan perkahwinan dia dan Aqilah, tetapi dia tidak dapat menerima Aqila dalam hidupnya, dia meminggirkan diri dan hanya menunggu saat 6 bulan dalam perjanjian tamat, dan dia akan melepaskan Aqilah.Tetapi sebaliknya yang berlaku, dia mula terpikat dengan watak dan peribadi sebenar Aqilah, walaupun agak gila-gila di pejabat, tetapi sebenarnya berbeza di rumah. Aqilah pula sudah mula mencintai suaminya, tetapi dia menganggap hanya lakonan suaminya sahaja, demi tempoh 6 bulan itu.Saat 6 bulan hampir tiba, dan Tengku Ryan mula merasakan bahawa, dia tidak akan mensia-siakan Aqilah, lalu dia mengakui bahawa dia cintakan isterinya. Tetapi langit tidak selalu cerah, kebahagiaan mereka berdua sekejap sahaja, Tengku Natasha menuntut janji pada Tengku Ryan untuk menceraikan Aqilah, dan mengahwini dia. Konflik berlaku. Tangisan demi tangisan. Rupa-rupanya Tengku Aqilah mengandung 4 bulan, dan menghidap kanser payudara..... Saat genting berlaku di mana antara nyawa anak dan ibu saat melahirkan. Tengku Aqilah koma sepertimana ibunya...Tapi endingnya mesti lah happy.

  • Sha
    2019-04-16 01:47

    aku ingat lagi, aku beli buku ni masa tingkatan satu? dua?masa itu, aku sangat gilakan novel jiwang-cinta melayu. haha.aku tengok ada cop "buku terlaris",terus beli, sebab aku pernah baca buku dia yang sebelum ni, Andai Itu Takdirnya. And it wasn't so bad. so, i was hopping that this book will surpass my expectation. sadly, it didn't.aku sakit hati giler kot baca novel ni, sebab cerita ni meleret. tak sabar nak habiskan masa itu.

  • Theplain
    2019-04-02 03:02

    Finally...after almost 7 years i open my mind to read SR novel. Actually her first novel 'Andai Itu Takdirnya' make me almost depress during my SPM year. I just feel the story too sad that i lost my confidence to face the world outside. yes, so dramatic. anyway, it starts with the adaptation of the novel on tv. i am curious about 1. how the character turn nelydia into a weirdo (but admit it she still pretty)2. is the main actor issue in real life relating to this drama (such a gossip girl)then i decide to borrow from my dear miss boss. i would say...1. SR is a dramatic person. i admit that her wavelength isn't equivalent to mine. she is very detailed in her word arrangement (especially in dialogue) that is too perfect to be adapt in real life. i mean no one would say almost 50 long words in one sentence (haha that's so hiperbola). but yes, i got her poin and maybe that's her trademark so i won't mind. 2. Looking at SR background, i think she is not just making up stories or issue in each of her novel. she is a former lawyer and of course she had encounter many life issue that she can take as part of her novel. For example, AIT speaks of domestic violence (sorry but i can't help to interpret it that way) . LKC highlight the issue of accepting qada and qadr. some people might go far just to challenge God's fate without trying to learn from it. it is an interesting issue because it is applicable in the world today when many parents neglect their own children because of economy pressure or other problem. 3. I kinda.. want to break Tengku Ryan bone into pieces like the scene in Kingsman Secret Service. I know you are a snobby rich guy but do you have to neglect your wife just because you find her too clingy? Like pftt who do you think you are? You the one who cling into her first. You give her hope and then back off like a man without ...tutt... i mean brain. *excuse my englishbut to tell you the truth that's is exactly how man react. quote john green in his famous book 'man from mars and woman from venus', a man is like a rubber band. they cannot cling to one subject in a long time, they tend to 'strecth out'(have their own space) in order to full devote themselves towards his lover. so yes, that kind of plot in this novel is acceptable. but after i beat you in my imagination, tengku ryan. like a very very hard beat (but in real life i cannot accept).so yes...this novel is so drama and it suit my dramatic side. although the style of writing is not my cup of tea but yeah... it is still acceptable to me. hey everybody had their own style, right. so chill and read more book.

  • Haq Raihah
    2019-04-10 00:59

    4 bintangOlahan - kemas, tak kaku dan 'hidup' [+2*]Jln cerita - ok gak laa  [+1*]Idea utk jln cerita - so-so  [+0.5*]Utk sedikit air mata yg bergenang  [+0.5*]Tak dpt 5* sbb...Watak Ryan dan Qila yg annoyed dan ego tak bertempat [-1*]= 4/5*p/s : takde dlm perancangan pun sebenarnya nk beli novel ni, tp tergoda dgn cover bukunya yg cantik — love merah menyala kena panah petir kat tengah2 — cover versi baru...Oh ye...Ia punya caption bwh tajuk :'Besar kesalahanku besar lagi keegoanmuBerkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknyaKau ingin ku menyalakan diri ini bagai lilinDan terbakar oleh perbuatanmu'Sebenarnya... watak Qila dan Ryan tu yg buat diri aku menyala bagai lilin lalu terbakar hangit krn sikap annoyed mereka.

  • Zack Kieyra
    2019-04-01 19:50

    bezz giler nvl nim ... i like ...

  • Madam Lola
    2019-04-23 21:09

    terjebak dgn adaptasi... dan satu sebab lagi.... sbb fk..... ok... cerita bermula dgn air mata... part aqilah kecik... dia disisihkan... part mama dia meninggal... hadoi... dah lama x membaca sempai kena cari tisu ni... bila dewasa... sesi aqilah yg sempoi... apa sahaja yg keluar dr mulut dia ..x pernah x buat pembaca kejung pipi.... perjlnan cerita berlangsung dengan happy... walaupun bunga2 sengsara qila muncul bila terpaksa kawen ku ryan hanya kerana menagih sayang dr seorang bapa... tapi itu x menjadi kudispun.. lagi nak terus tahu perangai qila ni.. walaupun agak x semengah...dan part air mata bermula kembali bila qila qila jaga papa dia masa org tua tu sakit... hemmmm... meleleh air ingus semua...dan.. setelah itu.. bermulalah bunga2 cinta... cuma ... hemmm.. kenapa eh ryan tu mcm tu... hailah.... ML ingatkan farhana dgn shafiq... tapi silap rupanya... yg ni klishe ... novel ni.. mcm cepat sgt nak habis.. hais.. rasa x puas... bila baca tiap bait perkataan .. duk terbayang watak2 adaptasi tu kat tv... hadoiii.. nilah bahayanya kalo baca novel bila dah di adaptasi.walaupun gitu... mesej terkandung agak padat... hukum dan percaturan tuhan yg mana kita sbgai manusia perlu akur, redha dan taat...

  • Suzyanna yap
    2019-04-21 01:56

    Tengku Aqilah seorang anak yang dahagakan kasih seorang ayah.Seorang adik yang dambakan kasih seorang kakak..dan seorang isteri yang dibenci suaminya sendiri.Bagaimana seorang anak dibenci oleh ayahnya kerana dituduh menyebabkan kematian ibunya sendiri.Dituduh merampas kekasih hati kakak kandung sendiri.Membesar tanpa kasih sayang keluarga menjadikan hari Tengku aqilah dingin dan tak berperasaan. Yang mana akhirnya membuatkan hati ayahnya lembut menerima aqilah dalam hidupnya. Namun bukan semudah itu, dikala dia mengapai bahagia si suami pula berubah...berusaha dia menawan hati suaminya namun tak berjaya..Dikala dia disahkan mengandung dan pada masa yang sama menghidap kanser payudara dia merasakan kisah hidupnya akan seperti arwah ibunya....Kedinginan layanan dari sang suami dan permintaan si suami..akhirnya 2 berita besar itu disorakkan tanpa pengetahuan Ku Ryan...kehilangan si isteri membuka mata ku Ryan...Namun semuanya sudah terlambat..isteri yang dibenci kini menghilang dan menderita...Kesudahan yang agak menarik dan saspen bagi MV ...So korang kena baca ,,,walaupun ni bukan novel baru penulis siti ROsmizah tapi ianya boleh buat anada ketawa marah dan berendam air mata

  • atynn
    2019-04-03 03:56

    BESTTTTTTT

  • Ieka Durrani
    2019-04-08 02:09

    The only malay novel i thoroughly enjoyed reading.

  • Ainaa Azman
    2019-04-16 23:48

    i love it😍

  • Keii97
    2019-03-27 20:12

    best

  • azzinee
    2019-04-22 02:09

    Storyline sama aje

  • Plainqoma
    2019-04-09 20:10

    this book is a really good recipe of an emotions. i can laughed like a maniac, cried like a kid, and shocked with the ending. don't expect, you'll get surprised!! the characters can be so lovey-dovey, hushy-mushy and makes me feel so ewww.. hahaha.. a bit childish, sampai rasa mcm lah wujud ke manusia mcm ni, wujud ke? mungkinlah kot, tapi maybe sgt overrated rasa mcm benda ni patut jdi dlm novel je lah kot. happy ending jgn risau, spoil sungguh hahaha. sgt panjang ceritanya, tapi x boring. byk juga isi yg buat kita fikir dua tiga kali. nice storyline, maybe sbb character luar alam skit so x rasa mcm novel2 cintan cintun yg lain. oklah, try lah baca klau nak sedeh2, gerenti nangis punya. hmm sekian.

  • Yazlina Saduri
    2019-04-14 04:03

    Lafazkan kalimah cintamu by Siti Rosmizah read. I've never laughed so much reading any novels before this one. The main role Tengku Aqilah is crazy funny and the husband character is Tengku Ryan Ameer is funnily not the type I would crave hihi. I find it quqite irritating that his name is forever written in full....such a mouthful. Still, this is indeed a great story especially to take your mind off the boring space in between productive working days. Siti Rozaimah is such a talent. And, I love Kak Kembong best. Her "poyo-ness" is beyond hilarious. She's so awesome cool

  • Novel Annie
    2019-04-01 00:51

    novel yg plg sy suka. ada part lucu,menarik, happy,geram,menyampah, benci,marah dan sedih. bila membaca novel siti rosmizah mmg wajib menangis. wlupun kdg2 geram juga bila membaca tp rasa mcm nk habiskan cepat. Nak tahu apa kesudahan cerita Lafazkan Kalimah Cintamu. kisah sorg anak yg dibenci oleh Ayahnya sejak dari kecil hingga dewasa. kisah ni amat menyentuh perasaan. walaupun ramai yg tidak menyukai novel ni. tp bagi sy novel ni menarik.

  • Ain
    2019-04-16 23:49

    Start2 baca dah leleh... Sedih sgt masa mama Qila meninggal. Lepas kelakar pulak esp dgn perangai Kak Bong... Boleh gelak2 sorang.. Toward the end mcm biasa jalan cerita utk hampir kesemua buku Siti Rosmizah, hero merajuk heroin putus asa dan akhirnya happy ending.Walau pon jalan cerita hampir sama utk kesemua buku beliau tp jalan cerita yg disampaikan membuatkan sy rasa seronak membaca novel ini.

  • Tsuki Shiro
    2019-04-02 03:11

    -Novel ni famous, jadi aku cuba beli dan baca.-Bak kate pembaca lain, campur tangan penulis yang keterlaluan membuatkan pembacaan aku terbantut. Lawak hambar bagi aku.-Daki gunung pakai jeans? Really? Tak tahu pula puncak gunung nuang ada sungai? Yeke? Mungkin di Kem Lolo dan Kem Pacat. -Situasi yang berulang, ego gaduh baik nangis.-Tambah 1 bintang untuk kehebatan penulis dalam babak-babak sedih. Baru merasa kehilangan, jadi sangat emosi.

  • S. Nurdiana
    2019-04-17 23:04

    Lama betul rasanya tak baca novel Melayu yg tak terlalu cheesy. Tambah pulak ayat kelakar dalam novel ni memang kelakar habis. Berdekah aku layan gelak.Cuma yg masuk part tak best sikit tu bila dah start hero merajuk pastu heroin merajuk pastu hero merajuk pulak pastu gilir gilir la. Mula la rasa bosan. Menyampah pun ada. Somehow made me feel like "Childish gila ok just get over it!"Tapi keseluruhannya ni sebuah novel yg sangat menghiburkan!

  • Suria A.Rahman
    2019-04-08 02:06

    Antara yag Terbaik dintara yang terbaik. Karya dah beberapa kali diulang baca ..plot cerita yang pelbagai khayal seketika hahahahah. Baca banyak kali pun x bosan...cam tengok citer hindustan pulak.Buku dah dibaca beberapa bulan yang lalu...dah baru jer ulang baca kali ke 5 2 hari lepas hehehehehehe....Well selsin karya AISYA SOFEA & NORHAYATI BERAHIM....SITI ROSMIZAH akan jadi my fav ler.....HEHEHEHEHEEH.

  • nssa
    2019-03-26 02:00

    Okay. Dah kali ke 3 kot baca tapi sedih jugak. aku ingat bila dah baca banyak kali ni takde lah nak tangkap leleh meleleh ni tapi tak. Sama je. Sedih tetap sedih. Tak tahan nak rasa.Tak nak ulas panjang2. Dua2 keras kepala. Dua2 buat salah. Tapi paling aku geram Ryan ego nak mati. Dengan Hashim tu satu hal jugak. Nak tengku2 bagai pun satu hal. *roll eyes*

  • Siti Yasmoon
    2019-04-19 02:07

    Awesome! Semua ada, sad beginning, characters yg romantic & independent, full of witty dialogues, quick sense of humour & makes you feel so involved with the story. Definitely a must read. It's not about one kind of love as per se, more on love to your parents, siblings, family & people who cares and matters to you.

  • Ayu Nordiana
    2019-04-17 20:46

    "Mak kiah, Qila nak mama... Mama knapa tinggalkan Qila? Semalam mama cakap mama takkan tinggalkan Qila. Qila tak ada sesiapa mama, tak ada siapa sayang Qila. Kenapa mama tinggalkan Qila? Qila sayang mama... Qila sayang mama...Mak Kiah macam mana qila nak cakap dengan Tuhan jangan ambil mama Qila?..." Tengku Aqilah menangis teresak-esak....

  • Diena
    2019-04-18 03:13

    my first hands on Malay novel. Its really make me cry & continue to read malay Novel...How I hate the elder sister towards her own sister. The younger sister -fragile..sweet and humble.......Conflict...sadness....but aat the end not all story finishes with a happy end...the heroin dies but her love grow stronger more than ever....best best.. to read

  • Abannberrys
    2019-04-20 02:52

    Boring giler... kelakar yg dibuat2.. sayang..i know siti rosmizah is a good author.. i baru baca curi2 cinta..much2 better than this..i can say it almost perfect.. ingat nak korek la novel2 lama dia..hampeh rupanye..only andai itu takdirnya and 7 hari mencintaimu yg ok.. yg lain..byk monolog sendiri..mayb dulu dia baru start nak menulis kot..tu sbb byk meleret lebih..

  • Zuraimah Ismail
    2019-04-06 19:55

    Memula baca lagi dah nangis. Kesian baca kisah Qila disisih ayah kandung sendiri. Kagum kesungguhan dia nak amik hati ayah kandung sendiri walaupun x berjaya hinggalah si ayah dilanda musibah......blom abis baca lagi... tapi masa baca, ada part nangis sendiri, ada part ketawa tak hengat dunia, ada part senyum sorang2...ngeh ngeh ngeh...minah jiwang karat tul ai ni..:)