Read Hujan Pagi by A. Samad Said Online

hujan-pagi

Hujan Pagi mengesani dan menghuraikan kekusutan jiwa seorang wartawan generasi sebelum perang yang tidak lagi memahami dan menyesuaikan dirinya dengan perubahan arah dan perkembangan suasana akhbar masa kini. Segala yang berlaku sekarang menyentuh hati nurani dan pegangan hidup wartawan itu.Perkembangan baru dalam harian Sinar Pagi menyebabkan Lokman terseksa dan tergelincHujan Pagi mengesani dan menghuraikan kekusutan jiwa seorang wartawan generasi sebelum perang yang tidak lagi memahami dan menyesuaikan dirinya dengan perubahan arah dan perkembangan suasana akhbar masa kini. Segala yang berlaku sekarang menyentuh hati nurani dan pegangan hidup wartawan itu.Perkembangan baru dalam harian Sinar Pagi menyebabkan Lokman terseksa dan tergelincir ke dalam dunia halusinasinya sendiri. Menurut doktor jiwanya, Dr Ahmad Dio, penyakit Lokman akan lebih serius, jika tidak segera dibantu. Dalam mingguan halusinasinya iaitu mingguan Hujan Pagi, Lokman merasa berperanan dan dihargai. Dirasakan ada sesuatu perjuangan yang bermakna, sesuai dengan latarnya sebagai seorang nasionalis.Novel ini mempunyai unsur-unsur lagenda, sejarah, arkeologi, astronomi dan politik dalam Hujan Pagi tidak dimaksudkan hanya sebagai latar tempat dan mental manusia-manusianya atau sebagai sisipan ramuan ilmu tertentu, lebih daripada itu ia menjadi pelantar hujah dan percakapan idea tentang beberapa hal dan pendapat dulu dan sekarang....

Title : Hujan Pagi
Author :
Rating :
ISBN : 9836204849
Format Type : Paperback
Number of Pages : 418 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Hujan Pagi Reviews

  • Nazmi Yaakub
    2019-02-05 12:00

    Hujan Pagi, kekal akan menjadi novel Pak Samad yang terbaik, jauh meninggalkan Salina yang tidak lebih rakaman sejarah, meskipun penting dan genting itu.Ia bukan saja dekat dengan dunia yang saya berada sekarang, bahkan ia mewakili sebahagian sejarah penting pembentukan negara moden, iaitu media massa - the third estate - yang sangat direbutkan bukan saja oleh pemilik kuasa, bahkan pembekal kuasa - korporat - sehingga menjadikan manusia di dalamnya sama ada pemangsa atau mangsa atau kedua-dua sekaligus.Saya beruntung kerana sempat mewawancara Pak Samad, bertanyakan serba-sedikit mengenai pengalaman hidupnya, baik ketika menjadi wartawan yang menghidupkan akhbar atau pengarang kumpulan yang memimpin sebuah pacu atau mungkin palu kuasa.Hujan Pagi akan menjadi rakaman sejarah media Malaysia yang terpaksa dibuat secara kreatif kerana tidak ramai pemimpin editorial akhbar yang menumpahkan pengalaman menuani kerusi panas itu..Bagaimanapun, karya Pak Samad ini tidak boleh dijadikan tukul hakim yang menghukumkan senario media semasa atau mutakhir. Ia boleh dijadikan teladan tetapi bukan sebagai penentu mutlak kerana landskapnya sudah jauh berubah, malah masuk ke dalam ruang baharu yang sangat kompleks dan tidak mustahil lebih intrigue.

  • Aziz
    2019-02-18 17:13

    Saya kira, sehingga kini, novel inilah karya A.Samad Said yang paling besar. Walaupun Pak Samad lebih dikenali melalui Salina, namun Hujan Pagilah yang memperlihatkan kematangan dan kebijaksanaan beliau sebagai sasterawan negara.Membaca novel ini ialah membaca pergolakan yang berlaku dalam dunia akhbar di Malaysia dalam dekad-dekad 60an. Lokman, seorang wartawan veteran di Akhbar Sinar Pagi menderita sakit kejiwaan akibat berlaku pertembungan antara keperluan mencari rezeki dan idealisme sebagai wartawan. Dalam situasi di mana tugas wartawan hanyalah sebagai pelapor berita yang telah diformulasikan oleh pihak berkuasa, Lokman merindui dunia ideal seorang wartawan; kebebasan menulis dan berjuang.Bagi memenuhi keperluan emosinya itu, secara halusinasi, Lokman mencipta dunianya tersendiri, dunia dia dan kawan-kawannya sebagai wartawan Akhbar Hujan Pagi. Di dunia itulah pembaca dibawa kembali kepada perjuangan wartawan-wartawan menentang tekanan penjajah dalam usaha mereka membangunkan minda penduduk Tanah Melayu Menuntut Kemerdekaan.Dengan pelbagai teknik penceritaan (malah terdapat elemen realisma magis)yang digunakan, pembentukan watak yang kuat dan mendalam, simpang-siur plot yang membangkitkan rasa ingin tahu pembaca serta nilai falsafah yang dikandungkan dalam karya, saya kira Hujan Pagi ialah antara pencapaian terbaik sastera Melayu sehingga kini.Wajib baca!

  • Jiwa Rasa
    2019-02-20 14:10

    Dalam banyak-banyak karya Pak Samad, saya secara peribadi menganggap Hujan Pagi adalah karya terbaik Pak Samad. Kisah dunia kewartawanan dalam dua zaman. Segala-galanya tentang prinsip hidup, perjuangan bangsa dan bahasa. Saya dapat merasakan keluh kesah, jerih payah, gelora hidup seorang wartawan. Satu demi satu watak-watak penulis dan wartawan akan terbayang di mata, apabila membaca buku ini. Usman Awang, A Samad Ismail, Said Zahari, Ahmad Boestamam, Pak Sako. Saya terkenangkan penulis-penulis ASAS 50.Buku ini memberi kesan kepada saya walaupun sudah lama menutup helaian terakhir buku ini.Antara buku yang saya akan baca semula. Mungkin baca yang telah diterjemah ke bahasa Inggeris berjudul Morning Post. Moga akan diterbitkan semula dalam edisi mewah yang lebih mahal dan bergaya. Karya yang hebat. Mesti dimiliki dan dibaca oleh peminat A Samad Said.

  • Amiruddin Mohd Rosdi
    2019-02-02 13:57

    Hujang Pagi berada di atas Salina.Magnum opus Pak Samad!

  • Rebecca
    2019-01-31 14:57

    Saya menyukai novel ini kerana pemaparan konflik ideologi wartawan-wartawan Melayu pada dekad-dekad awal selepas Merdeka sebagai tema utama. Persimpangan yang dilalui oleh Lokman, Musir Ali dan Mahmood Bey sememangnya berlegar-legar di kepala saya sejak beberapa lama. Justeru, peluang untuk memahami pilihan peribadi mereka apabila berakhirnya zaman kegemilangan mereka sebagai wartawan perjuangan adalah pengalaman yang mengasyikkan.Namun, saya terpaksa memberi buku ini tiga bintang sahaja kerana beberapa perkara yang menganggu.Pertama adalah pemaparan episod-episod cinta platonik Lajis dengan sekian ramai perempuan; barangkali subplot ini dibina untuk menghubungkan halusinasi dengan arkeologi, dengan sejarah, dengan manusia yang diperangkap oleh masa lalu. Sungguh pun begitu saya kira itu tidak perlu, memadailah dengan misteri asal-usul Lajis itu sendiri untuk menderanya.Kedua, novel ini diperkenalkan kepada saya sebagai novel realisme magis Melayu. Mungkin kerana mengenali realisme magis melalui acuan sastera Amerika Latin, saya berasa janggal apabila peristiwa-peristiwa magis yang dilalui serta berlaku ke atas Lokman diwajarkan secara saintifik (baca: halusinasi kerana tekanan jiwa).

  • Iman Danial Hakim
    2019-01-27 13:51

    Baru menamatkan Hujan Pagi oleh A Sam ad Said. Sukar untuk aku tafsirkan perasaan yang membelenggu sebaik menghabiskan pembacaan.Benarlah tulisan sebuah blogger di internet semasa mengulas naskhah ini"Membaca Hujan Pagi memerlukan banyak kesabaran dan daya tahan. Jika tidak, kita akan terus berhenti, tanpa menghabiskan untuk menikmati novel ini. Urutan ceritanya lambat, melompat-lompat dan tidak teratur. Hujan Pagi bukan sekadar untuk dibaca. Hujan Pagi mesti ditelaah dengan teliti. Tanpa mentelaah, pembaca akan keliru di mana dia (pembaca) berada. Puluhan watak dikemukakan dalam novel ini. Novel ini berkisar tentang alam nyata dan sekejap-sekejap pula berpindah ke alam tidak nyata.Hujan Pagi adalah novel intelektual, novel yang penuh dengan ilmu, saranan dan falsafah.

  • YuSRuL
    2019-02-14 13:18

    Hujan Pagi – Pak Samad seperti mahu pembaca melihat peranan dan hala tuju akhbar kita yang dibelenggu oleh kongkongan politik pemerintah. Keresahan ini diterjemahkan melalui watak Lokman seorang wartawan veteran yang ingin melihat akhbar sebuah media mendidik dan memajukan masyarakat tanpa dinafikan kebebasannya. Tapi Lokman dipaksa tunduk kepada kehendak zaman dan politik semasa hingga memberi tekanan hebat yang membawa kepada siri-siri halusinasinya sebagai ketua pengarang Hujan Pagi pada pra kemerdekaan Tanah Melayu. Dalam masa yang sama adiknya Lajis berusaha menyembuhkannya dan menyelami masalah yang membawa kepada konflik jiwa Lokman. Membaca novel ini memerlukan kesabaran dan daya tahan kerana ia padat dengan idea, falsafah, psikologi dan sejarah untuk kita fikirkan.

  • Erni
    2019-02-19 15:06

    Akhbar bukan hanya sekadar laporan, perlu ada analisa, fakta dan "hati" nya. Niat murni Lokman itu menyebabkan dia menghadapi tekanan. Tekanan itu akhirnya membawa Lokman ke lembah halusinasi Hujan Pagi. Hujan Pagi adalah dunia ideal, di mana Lokman seorang yang mantap, berguna, berjuang menentang penjajah. Namun dalam dunia nyata, Sinar Pagi hanyalah akhbar yang sudah merasai zaman gemilangnya dan kini diketepikan. Dalam novel ini, pengarang banyak memberi kritikan terhadap masyarakat pada zaman tersebut. Masalah rasuah, pemimpin haloba dan menabur janji pada masa pilihan raya sahaja. Bila difikirkan, kebanyakan kritikan pada zaman itu boleh digunapakai lagi sekarang. Ironi sungguh, berpuluh tahun telah berlalu tapi negara kita masih di takuk lama. Terdapat juga teguran terhadap generasi muda, yang tidak pernah merasai kesusahan selepas zaman merdeka. Mereka berada di zon selesa, tidak mahu bangkit mengubah kemungkaran yang berleluasa di depan mata. Saya rasa pengarang ingin menggambarkan tentang ciri-ciri akhbar tulen akan menunjukkan pemimpin yang tulen. Rakyat perlu bersuara, menerusi akhbar ini, bukan hanya mengundi semata-mata. Pemimpin perlu dengar suara rakyat, kerana mereka bekerja bukan hanya untuk memenuhi sepenggal 4-5 tahun sahaja, tapi perlu memikirkan masa depan juga. Saya dapati novel ini banyak isu-isu penting yang ingin diketengahkan. Tentang ketelusan akhbar, tentang pemimpin, tentang hak rakyat, feminisme, berdemonstrasi, pendidikan mahasiswa dan sebagainya. Saya kagum dengan penulis yang saya rasakan sangat terkedepan pemikirannya, way ahead of its time. Patutlah mendapat gelaran sasterawan negara itu. Overall, I'm impressed. Every young people in this country should read this and learn from it.

  • Shahrulrock
    2019-02-02 11:58

    Halusinasi

  • Nissa'
    2019-01-22 17:06

    gelombang baru untuk sastera melayu

  • Nur Ilham
    2019-01-25 13:18

    Aku rasa kena baca buku ini balik.

  • Khalati
    2019-02-14 16:01

    Sebuah buku yg mengkagumkan, sedikit sebanyak bermain dgn pysikologi manusia.

  • Man Kodi
    2019-01-24 19:58

    Rindu karya2 Pak Samad...

  • fandytaher
    2019-02-20 12:08

    Karya hebat. Harus baca.http://melihatbuku.blogspot.com/2011/...

  • Yazlina Saduri
    2019-02-20 17:53

    Saya baru selesai baca Hujan Pagi. First half of the book, rasa sangat teruja dan terkesan. Kupasan sejarah secara tidak langsung sangat bernilai untuk saya. Abdullah Munsyi, kapal The Fate & The Eagle yang dibakar dan tenggelam bersama khazanah Melayu, kisah Temenggong yang tersorong-sorong cuba menarik hati Raffles, banyak lagi... Sama ada semuanya benar atau fiksyen nampaknya perlu saya kaji juga satu hari nanti. Namun terus terang, saya rasa terkilan dengan begitu banyak cerita dari mata Norisah, mengapa wataknya semacam begitu penting dalam buku ini sedangkan tak berkait dengan dunia Lokman? Kisah Lajis saya fikir patut intertwined dengan Lokman walaupun tak banyak atau mungkin tak ada langsung sumbangannya terhadap Sinar Pagi mahupun Hujan Pagi. Tautan Dr Ahmad Dio dengan S. Narsia dan Lone Ranger dan Gafruddin yang mementingkan darjat itu juga saya fikir sesuai diberi highlight pada akhir buku. Norisah - Lajis - Mandir? Dan saya masih tak jelas penyebab Lajis tewas kepada stroke. Gazis pula akhirnya semacam watak sampingan. Apapun, berbanding Salina, buku ini amat tinggi nilainya dan pasti saya tak akan jual.

  • Jun Az
    2019-02-13 13:19

    This is definitely Pak Samad's magnum opus. Could be one of the best book with magical realism in Malysia along with Anwar Ridhwan's, Sufian Abas , Roslan Jomel and Zainal Rashid.

  • Shaharuddin
    2019-02-09 18:51

    Inilah sastera sebenar.